Assalamualaikum.
Pada hari ini saya ingin bercerita dengan anda hal-hal yang sering kita lupakan dek kerana terkelabu mata akan hal dunia yang amat mengasyikkan. Mari kita baca dan hayati kisah dibawah:
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"
Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas. Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.
Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”
Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.
Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”
Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.
Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!
Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.
“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, ibu bapa, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.
“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.
“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Ziarahi ibu bapa. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”
Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”
Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruan untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”
Hahaha... macammana. Anda dapat tak mesej yg saya nak sampaikan. Kita sering mendakwa yang kita ni sangat sibuk dan tiada masa untuk hal-hal lain. Masalah sebenarnya adalah kita yang tidak dapat membezakan hal-hal terpenting dalam hidup. Akhirnya hal yang kecil didahulukan sedangkan hal besar terus di abaikan.
Dalam hidup kita.. Ibu bapa sangatlah penting. Jangan lupa untuk ziarah mereka dan menjaga kebajikan mereka. Saya sendiri masih mempunyai ibu bapa di kampung dan ibu bapa mertua. Menjadi kewajipan kepada kami sekeluarga untuk menziarahi orang tua kami setiap bulan. Wajib tidur di rumah mereka sekurang-kurangnya 1 malam. Untung saya dan suami orang Selangor, menetap pula di KL. Mudah kami nak balik menzirahi orang tua.
"KAMPUNG HALAMAN SAYA JAUH, IBU BAPA SAYA TELAH TIADA, SAYA BERPENDAPATAN RENDAH"
Tetapi jika anda duduk jauh dari ibu bapa, tetap ada cara untuk menujukkan anda mengambil berat tentang mereka. Telefon lah ibu bapa anda..pasti hatinya yang sunyi akan meriah mendengar khabar dari anak tersayang.. Tak perlu anda berceloteh panjang, sekadar bertanya khabar pun sudah mencukupi. Kalau boleh buatlah setiap hari. Insyaallah hidup anda akan lebih berjaya.
Ibu bapa telah tiada bukanlah satu masalah. Kirimlah Al-Fatihah setiap kali selepas solat. Modalnya RM0. Yang penting anda buat. Tidak berkurang pun pahala anda dengan menghadiahkan Al-Fatihah buat mereka.
Jika mampu, kirim lah sedikit wang buat mereka. Sedikit pun tidak mengapa. Gembiranya mereka mendapat hadiah dari anda ini akan membawa Rahmat Allah kepada anda.. Percayalah rezeki anda akan lebih berkat dan bermanfaat. Sentiasa cukup walaupun sedikit.
Jadi para pembaca yang budiman, jangan lupa pesanan saya ya. Ziarahi Ibu bapa kita, ambil berat akan mereka. Saya kongsi dengan anda gambar2 saya di kampung kelahiran saya pada hujung minggu yang lepas..

Halaman rumah

Aktiviti kami di kampung
Makan-makan. semuanya free. Kutip tepi rumah dan ayah saya menjala di pantai.
Masih Sama. Makan-makan hari ke 2
0 comments:
Catat Ulasan