Assalamualaikum.
Artikel ini saya tulis pada Mei 2013 yang lalu.Ia adalah catatan buat saya dan anda semua yang mahu berfikir kenapa kita sering merasa 24 jam yg Allah beri tidak pernah mencukupi. Semoga perkongsian ini akan menyedarkan kita agar patuh pada setiap suruhan yang diperintahkan dan tidak banyak bersoal apa yang mahu Allah beri pada kita. Sebagai umat Islam, kita wajib YAKIN, PERCAYA serta TAAT tiap suruhan yang ALLAH PERINTAHKAN.
Apa hikmah Allah memerintahkan umat Islam solat di awal waktu... ? Sekian lama persoalan ini bermain2 di minda, akhir2 ini baru saya terperasan hikmahnya. ...apakah ia?...jeng3x
Dari kecil, saya diajar untuk menunaikan solat, awal pada waktunya. Biasanya, selepas azan berkumandang, saya segera berlari untuk berwudhu' dan solat.. ketika menginjak ke alam pekerjaan, tabiat baik ini terhakis dengan aliran masa yang berlalu. Terpengaruh dengan tabiat rakan-rakan, saya mula melewatkan solat, terutamanya zohor. Tidak pernah saya lakukan, solat zohor pada jam 4.00 petang selama ini. Tapi, ini pengakuan jujur...saya mula meninggalkan tabiat baik dulu. Jam 3.00 petang adalah waktu biasa saya bergerak ke surau. Ding-dong2 di tandas, pastinya dalam 3.30 petang barulah solat zohor dapat ditunaikan.
Tabiat melewatkan solat zohor ini berlarutan sehingga setahun lamanya. Tapi ia hanya terjadi ketika saya bekerja. Di rumah, saya masih solat awal seperti biasa. Ketika bekerja, saya sering merasakan masa amat singkat sekali. Baru je tengok jam pukul 2.00, tup-tup dah jam 3.00. Magik ke apa ni, saya khusyuk sangat ke? Tak sedar pun masa dah berlalu. Saya sering merasakan seperti tidak cukup masa, tak terkejar deadline, kerja bertambun-tambun dan 1001 masalah lagi berkaitan masa.
Sehinggalah baru-baru ini, saya kembali menunaikan solat di awal waktu. Saya rasa seperti jam berhenti berputar. Berapa kali tengok jam pun, macam lambat sangat jarum tu nak berubah tempat. Bagaikan 3 - 4 kerja siap dalam masa yang sangat singkat. Macam-macam boleh dibuat. Rasa lebih lapang, masa yang senggang, tak tergesa-gesa. Timbul rasa pelik dalam hati. Tiada apa-apa yang berubah dalam jadual masa saya, tapi seperti saya mempunyai masa yang sangat panjang. Setelah agak lama berfikir, akhirnya saya membuat kesimpulan. Yang berubah dalam rutin harian adalah mempercepatkan solat sahaja, sedangkan yang lain-lain masih sama.
Dari situ saya teringat kembali, pesoalan-persoalan yang bersarang dalam minda saya sebelum ini. Hati saya berkata-kata, Inilah hikmah yang Allah beri pada hambanya yang menunaikan solat di awal waktu. Dijadikan masa semakin panjang dan lambat berjalan. Saya bersyukur atas limpah kurniaan ini, saya telah sedar dan terasa dikasihi oleh Maha Pencipta. Saya telah diberi peringatan dengan merasa masa yang sempit dan pendek. Diberi pula nikmat masa yang panjang dan lapang. Jadi ayuh kawan-kawan, solatlah di awal waktu.
BAGAIMANA MEMANJANGKAN 24 JAM ANDA
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan