This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 25 September 2013

RAHSIA KULIT CANTIK WANITA KOREA

Assalamualaikum w.b.t.


Siapa yang tidak menonton Filem dan drama Korea sila turun tangan. hihihi Pasti anda sedang angkat tanngan bukan. Saya adalah salah seorang peminat filem dan drama Korea. Bukan sahaja filem dan drama, lagu korea pun saya suka --> hanya soundtract filem dan beberapa lagu K-pop. Tipulah anda tidak tahu langsung apa dia K-pop kan. Bukan asing kepada kita bahawa fenomena K-pop melanda dunia amnya dan demam K-pop turut dirasai di Malaysia.

Tentu anda perasan semua artis korea tak kira lelaki atau wanita mempunyai wajah yang putih mulus, gebus dan sangat cantik. Yang wanita kurus slim, comel gebu dan manja. Yang lelaki pula tinggi kacak dan nampak berwibawa. Tak hairan lah semakin ramai wanita di Malaysia semakin tergila-gilakan lelaki korea. Saya terkecuali okeh...Di mata saya En. A sangat lah tampan sempurna, tidak perlu kepada lelaki korea. Jadi saya sekadar suka tengok mereka berlakon, tapi cerita-cerita berunsurkan sejarah sahaja...;-) Hihhihi saya ni peminat sejarah ya pembaca sekalian...

Artis korea yang kacak dan lawa -- petikan dari filem Hwang Ji Ni -- My feberet;p

Ok, berbalik kepada topik asal.. Pakar nutrisi mengatakan yang orang Korea ni cantik-cantik kulitnya adalah dengan pengambilan bawang putih. Sekiranya diperhatikan, banyak resepi masakan korea yang meletakkan bawang putih sebagai bahan utama. Oh tahukah para pembaca, Kimchi yang menjadi trade mark makanan Korea juga mengandungi bawang putih? Besar pengaruh bawang putih dalam diet harian orang Korea.
Bawang putih berwarna merah jambu begini adalah pilihan yang terbaik


Selain berkesan dalam pengubatan selsema dan demam, bawang putih boleh menjadi penawar kepada penyakit merbahaya seperti KANSER. Dengan adanya Anti Keradangan + anti oksida pada bawang putih inilah penyakit demam akan segera pulih dan penyakit KANSER insyaAllah akan mula reda secara perlahan-lahan. Terpulang pada empunya diri bagaimana cara pengambilan bawang putih itu samada secara mentah atau sebaliknya. Terdapat pelbagai lagi manfaat lain bawang putih kepada kita antaranya:  
  • Dapat meredakan demam + selesama
  • Merendahkan tekanan darah
  • Memiliki tindakan hipertensi + antikoagulan + anti-trombotik dan keupayaannya untuk mengurangkan aterosklerosis berkaitan dialami dalam arteri kita
  • Membantu mengawal gula dalam darah
  • Mengurangkan pengumpalan platelet + pembekuan darah = sekali gus mengurangkan strok
  • Mengelakkan + merawat jangkitan bakteria + virus + kulat
  • Merawat parasit dalaman dan luar seperti kutu + nyamuk. Mana yang nak pergi Camping sila bawa xtra bawang putih
  • Boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang telah menjadi imun atau tahan antibiotik moden
  • Pengambilan bawang putih boleh mengurangkan risiko membangunkan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser saluran gastrousus.
  • Meningkatkan tahap antioksidan keseluruhan badan + merupakan sumber selenium = ubat anti-kanser yang kuat
  • Mengalami penyakit kaki makan air? Letakkan beberapa kepingan bawang putih segar atau beberapa bawang putih yang dihancurkan dibahagian antara jari kaki anda. Balut dan biarkan untuk beberapa jam = 6 jam.
  • Menunjukkan sifat2 ajaib dalam merawat keracunan logam berat seperti plumbum + merkuri + kadmium + arsenik + tembaga. Jika terkena salah satu logam tersebut dalam badan maka cepat2 kunyah bawang putih mentah
  • Menyembuhkan bisul + kudis. Hancurkan bawang putih dan tepekkan atasnya. Biarkan hingga kering dan ulangi amalan ini hingga kudis sembuh
  • Untuk menghilangkan ketuat atau kutil iaitu lebihan daging kulit seperti tahi lalat hidup. Ambil beberapa kepingan bawang putih dan letak pada ketuat tersebut. Ulangi hingga ketuat itu tanggal.
Sumber: KongsiBersamaNora



Kilang memproses bawang putih di Korea


Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah samada di kebun ataupun di kuil. Bawang putih menjadi komponen penting dalam diet harian orang korea.  Sesiapa yang pernah berkunjung ke Korea pasti mendapati di Korea agak sukar untuk menemui orang yang bertubuh gemuk, terutamanya gadis-gadis Korea yang langsing-langsing belaka. Menurut para pemandu pelancong Korea, hal itu adalah kerana khasiat bawang putih. Kecintaan orang Korea terhadap bawang putih ini menyebabkan orang Jepun memberikan gelaran kepada orang Korea sebagai Si Pemakan Bawang Putih, meskipun orang Jepun sendiri kebanyakannya suka makan bawang putih.

Cadangan dos optimum harian yang perlu diambil sehari adalah 2 ulas bawang putih mentah sehari dan tambahkan bawang putih yang dihancurkan ke dalam masakan setiap kali memasak untuk beberapa kali seminggu.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, para saintis menggalakkan pengambilan bawang putih dalam bentuk tablet. Yang terbaik semestinya supplemen Garlic daripada Shaklee.


APA PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE?
  • Dibuat daripada bawang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas. 
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif. 
  • Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita. 
  • Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.
    2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.
    Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
     

RAHSIA KULIT CANTIK WANITA KOREA


MANFAAT UTAMA:
  • Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sisitem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
  • Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  • Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com


Isnin, 23 September 2013

JAGALAH BOLA-BOLA GOLF DAHULU

Assalamualaikum.

Pada hari ini saya ingin bercerita dengan anda hal-hal yang sering kita lupakan dek kerana terkelabu mata akan hal dunia yang amat mengasyikkan. Mari kita baca dan hayati kisah dibawah:

"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas. Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, ibu bapa, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Ziarahi ibu bapa. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruan untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

Hahaha... macammana. Anda dapat tak mesej yg saya nak sampaikan. Kita sering mendakwa yang kita ni sangat sibuk dan tiada masa untuk hal-hal lain. Masalah sebenarnya adalah kita yang tidak dapat membezakan hal-hal terpenting dalam hidup. Akhirnya hal yang kecil didahulukan sedangkan hal besar terus di abaikan.

Dalam hidup kita.. Ibu bapa sangatlah penting. Jangan lupa untuk ziarah mereka dan menjaga kebajikan mereka. Saya sendiri masih mempunyai ibu bapa di kampung dan ibu bapa mertua. Menjadi kewajipan kepada kami sekeluarga untuk menziarahi orang tua kami setiap bulan. Wajib tidur di rumah mereka sekurang-kurangnya 1 malam. Untung saya dan suami orang Selangor, menetap pula di KL. Mudah kami nak balik menzirahi orang tua. 

"KAMPUNG HALAMAN SAYA JAUH, IBU BAPA SAYA TELAH TIADA, SAYA BERPENDAPATAN RENDAH"

Tetapi jika anda duduk jauh dari ibu bapa, tetap ada cara untuk menujukkan anda mengambil berat tentang mereka. Telefon lah ibu bapa anda..pasti hatinya yang sunyi akan meriah mendengar khabar dari anak tersayang.. Tak perlu anda berceloteh panjang, sekadar bertanya khabar pun sudah mencukupi. Kalau boleh buatlah setiap hari. Insyaallah hidup anda akan lebih berjaya.

Ibu bapa telah tiada bukanlah satu masalah. Kirimlah Al-Fatihah setiap kali selepas solat. Modalnya RM0. Yang penting anda buat. Tidak berkurang pun pahala anda dengan menghadiahkan Al-Fatihah buat mereka.

Jika mampu, kirim lah sedikit wang buat mereka. Sedikit pun tidak mengapa. Gembiranya mereka mendapat hadiah dari anda ini akan membawa Rahmat Allah kepada anda.. Percayalah rezeki anda akan lebih berkat dan bermanfaat. Sentiasa cukup walaupun sedikit. 

Jadi para pembaca yang budiman, jangan lupa pesanan saya ya. Ziarahi Ibu bapa kita, ambil berat akan mereka. Saya kongsi dengan anda gambar2 saya di kampung kelahiran saya pada hujung minggu yang lepas..


 Halaman rumah


Halaman rumah


Aktiviti kami di kampung

 Makan-makan. semuanya free. Kutip tepi rumah dan ayah saya menjala di pantai.
 
 

Masih Sama. Makan-makan hari ke 2 

Jumaat, 20 September 2013

HALANG KULIT DARI BERKEDUT

Assalamualaikum


halang kulit dari berkedut

Pembaca yang budiman, saya akan bercerita lagi tentang vitamin shaklee dan kesihatan kulit. Kenapa ia penting, kerana salah satu aset wanita adalah wajahnya. Maka haruslah kita yang wanita ini menjaga kesihatan kulit wajah agar sentiasa cantik, tegang, gebu dan menawan hati suami... Kali ini saya menekankan kepada anda kepentingan gabungan Vitamin E, C dan B complex dalam penjagaan kulit wajah agar tidak berkedut.

Tahukah anda bahawa terdapat 5 nutrien utama dalam menjaga kecantikan kulit? Salah satu komponen itu adalah kumpulan vitamin iaitu vitamin E, C dan A. Vitamin Shaklee yang dijamin berkesan mempunyai 2  daripada 3 vitamin yang dinyatakan sebagai produk khususnya iaitu vitamin E dan C. Mari kita sama-sama memahami setiap fungsi vitamin.

Vitamin C
  • Mengurangkan kerosakan radikal bebas disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau pencemaran. Radikal bebas memakan kolagen dan elastin - gentian yang menyokong struktur kulit - dan boleh menyebabkan kedut dan tanda-tanda penuaan.
  • Amat berkesan untuk melindungi kulit daripada pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya matahari apabila digabungkan dengan vitamin E.


Kulit berkedut kerana kehilangan elastin dan kolagen
Kulit berkedut kerana kehilangan elastin dan kolagen

Vitamin E
  • Vitamin E adalah satu lagi antioksidan yang kuat yang mengurangkan kesan daripada pendedahan cahaya matahari pada kulit.
  • Apabila digabungkan dengan vitamin A, vitamin E sangat berkesan untuk mencegah kanser kulit tertentu.
  • Vitamin E juga mengurangkan penampilan kedutan, dan apabila disapu, melegakan kulit kering atau kasar.
  • Elakkan makanan tambahan sintetik vitamin E, kerana ia membahayakan kesihatan. Ambillah vitamin E semulajadi seperti vit E shaklee.

B complex
  • B- complex mengandungi Biotin yang berfungsi untuk menjadikan kulit sihat.
  • Sekiranya kulit mengalami Kemerahan, bersisik, kerengsaan, dermatitis dan pigmentasi ia menjadi tanda-tanda kulit yang memerlukan vitamin B



Sumber Vitamin Shaklee






KELEBIHAN VITAMIN SHAKLEE

B complex
  • Saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yg pertama di dunia dengan kadar serapan yg sangat tinggi dan berkualiti
  • Mengandungi 8 komponen penting vit B termasuk 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini penting utk keseimbanagn dan keberkesanan yg sempurna
  • 8 komponen b comp: B1, B2, B3, B5, B6, B12, biotin dan asid folik.
  • Vit B bersifat larut air. Sebarang lebihan yg tidak diserap akan disingkirkan dari badan melalui sistem pencernaan. Jadi amat penting utk mengambilnya setiap hari.

Vit E
  • Paling lengkap dipasaran dengan gabungan 8 jenis vit E.
  • Mengandungi selenium semulajadi yg membantu tubuh menyerap vit E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu, penyahtoksid logam berat seperti raksa, kadmium, melindungi retina mata dan mengukuhkan sifat anti-oksidan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com

Khamis, 12 September 2013

TUKAR KULIT WAJAH KUSAM BERJERAWAT MENJADI GEBU DAN LICIN

 Assalamualaikum…

Siapa yang mahukan kulit wajah yang GEBU & LICIN? Jika anda menjawab tidak, sila tamatkan pembacaan anda dengan segera. Jika anda mahu kulit yang bebas PARUT, KUSAM dan TONA KULIT TIDAK SEKATA, mari baca hingga akhir artikel ini.

Nak tahu bagaimana supplemen berfungsi mencantikkan wajah anda?

 
kulit bebas jerawat dan kusam
                                                          kredit gambar: Super Vitamin Store
 
Bagaimana ESP membantu untuk kulit yang gebu, cerah dan pudarkan parut jerawat?
ESP adalah sumber protin, ia berfungsi untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok2 dan tidak sekata.

Bagaimana Vitamin E membantu untuk kulit lebih segar?
Vitamin E adalah vitamin antioksidan. Penting untuk menjaga sel-sel agar tidak dirosakkan oleh radikal bebas. Kita memang tidak nampak radikal bebas ini. Tetapi jika kita selalu terdedah kepada pencemaran, asap kenderaan, asap rokok maka kt situ la badan kita akan diserang radikal bebas. Sel-sel yang diserang radikal bebas ni akan menjadi tua dengan lebih cepat. Tu yang timbul istilah penuaan sebelum tiba masa sepatutnya.

Bagaimana B-complex bantu untuk meratakan tona kulit
B-complex penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah. Tidak timbul lagi masalah kulit wajah yang bertompok-tompok. Yang menarik, B Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan kita;jadi sesuai lah untuk mengurangkan rasa marah atau stress.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com

Isnin, 9 September 2013

CINCH SHAKE MIX

Nama Produk : Cinch Shake Mix
Hidanga/Bekas :
15 Hidangan
Terdapat 3 Perasa : Vanilla, Coklat dan Cafe latte

Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan “Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?” atau “Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?”. Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

sumber : Shaklee Malaysia

Jumaat, 6 September 2013

CINCH ENERGY TEA MIX

 
Nama Produk : Cinch Energy Tea Mix
Kandungan Sekotak : 28 stik (tanpa gula)


Tingkatkan Tenaga Anda
Lupakan kopi, soda dan snek manis kerana kini terdapat pilihan yang tepat untuk anda yang sering memerlukan tenaga supaya sentiasa bersedia. Pilihan eksklusif, campuran teh yang kaya dengan bahan antioksida yang mengandungi matcha (pilihan teh hijau yang terdapat dalam istiadat Jepun), teh putih (pilihan yang hebat dan luar biasa), teh hijau dan merah (dari Afrika Selatan) serta taurina. Sesuai untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi sama ada di waktu pagi, petang, diminum secara panas ataupun sejuk.

  • Selamat, peningkatan tenaga secara semulajadi
  • Taurina, kajian secara meluas untuk meningkatkan ketahanan badan dan tenaga
  • Pilihan yang terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh
  • Dihidang semasa panas atau sejuk
  • Bungkusan kecil yang mudah dibawa
  • Eksklusif T-Lift Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

sumber : Shaklee Malaysia

Khamis, 5 September 2013

COLLAGEN POWDER



Nama Produk : COLLAGEN POWDER
Kandungan Sekotak : 15 sachet


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Rabu, 4 September 2013

BAGAIMANA MEMANJANGKAN 24 JAM ANDA

Assalamualaikum.

Artikel ini saya tulis pada Mei 2013 yang lalu.Ia adalah catatan buat saya dan anda semua yang mahu berfikir kenapa kita sering merasa 24 jam yg Allah beri tidak pernah mencukupi. Semoga perkongsian ini akan menyedarkan kita agar patuh pada setiap suruhan yang diperintahkan dan tidak banyak bersoal apa yang mahu Allah beri pada kita. Sebagai umat Islam, kita wajib YAKIN, PERCAYA serta TAAT tiap suruhan yang ALLAH PERINTAHKAN.


Apa hikmah Allah memerintahkan umat Islam solat di awal waktu... ? Sekian lama persoalan ini bermain2 di minda, akhir2 ini baru saya terperasan hikmahnya. ...apakah ia?...jeng3x

Dari kecil, saya diajar untuk menunaikan solat, awal pada waktunya. Biasanya, selepas azan berkumandang, saya segera berlari untuk berwudhu' dan solat.. ketika menginjak ke alam pekerjaan,  tabiat baik ini terhakis dengan aliran masa yang berlalu. Terpengaruh dengan tabiat rakan-rakan, saya mula melewatkan solat, terutamanya zohor. Tidak pernah saya lakukan, solat zohor pada jam 4.00 petang selama ini. Tapi, ini pengakuan jujur...saya mula meninggalkan tabiat baik dulu.  Jam 3.00 petang adalah waktu biasa saya bergerak ke surau. Ding-dong2 di tandas, pastinya dalam 3.30 petang barulah solat zohor dapat ditunaikan.


Tabiat melewatkan solat zohor ini berlarutan sehingga setahun lamanya. Tapi ia hanya terjadi ketika saya bekerja. Di rumah, saya masih solat awal seperti biasa. Ketika bekerja, saya sering merasakan masa amat singkat  sekali. Baru je tengok jam pukul 2.00, tup-tup dah jam 3.00. Magik ke apa ni, saya khusyuk sangat ke? Tak sedar pun masa dah berlalu. Saya sering merasakan seperti tidak cukup masa, tak terkejar deadline, kerja bertambun-tambun  dan 1001 masalah lagi berkaitan masa. 


Sehinggalah baru-baru ini, saya kembali menunaikan solat di awal waktu. Saya rasa seperti jam berhenti berputar. Berapa kali tengok jam pun, macam lambat sangat jarum tu nak berubah tempat. Bagaikan 3 - 4 kerja siap dalam masa yang sangat singkat. Macam-macam boleh dibuat. Rasa lebih lapang, masa yang senggang, tak tergesa-gesa. Timbul rasa pelik dalam hati. Tiada apa-apa yang berubah dalam jadual masa saya, tapi seperti saya mempunyai masa yang sangat panjang. Setelah agak lama berfikir, akhirnya saya membuat kesimpulan. Yang berubah dalam rutin harian adalah mempercepatkan solat sahaja, sedangkan yang lain-lain masih sama. 


Dari situ saya teringat kembali, pesoalan-persoalan yang bersarang dalam minda saya sebelum ini. Hati saya berkata-kata, Inilah hikmah yang Allah beri pada hambanya yang menunaikan solat di awal waktu. Dijadikan masa semakin panjang dan lambat berjalan. Saya bersyukur atas limpah kurniaan ini, saya telah sedar dan terasa dikasihi oleh Maha Pencipta. Saya telah diberi peringatan dengan merasa masa yang sempit dan pendek. Diberi pula nikmat masa yang panjang dan lapang. Jadi ayuh kawan-kawan, solatlah di awal waktu.

Selasa, 3 September 2013

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE

Nama Produk:  Shaklee Sustained ReleaseTM Vita-C
Hidangan / Bekas: 180 Kapsul
Saiz / Hidangan: 1 Kapsul sehari


Bekalan Vitamin C secara Semulajadi

Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.  Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 

sumber: shaklee Malaysia

Isnin, 2 September 2013

PROMOSI BULANAN : CoQHEALTH : SEPTEMBER 2013



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com

VIVIX

Anti-dot kanser
Nama Produk : VIVIX™
Hidangan/Botol :
150 ml
Saiz Hidangan : 1 sudu teh sehari
 

Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
 

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.
 

sumber : Shaklee Malaysia