Assalamualaikum.
Menjelang sudah hari dinanti
Ceria suasana menggamit rasa
Selamat hari raya aidilfitri
Mohon ampun & maaf pd semua
Pada tahun ini, saya beraya di tanah kelahiran bapa mertua. Kami telah bertolak ke Negeri Jelapang Padi pada malam selasa kira-kira jam 2.30 pagi. Lalulintas sangat lancar berikutan jumlah kenderaan yg sangat sedikit di jalan raya. Untung balik awal, tidaklah bersesak dengan orang lain.
Dua hari berpuasa di Kedah, ditemani hujan mengejut disiang hari. Suasana menjadi sejuk dan kurang panas. Hmm mujorlah jika tidak, pasti kami kepanasan. Di sini kami berbuka setiap hari bersama tok yg telah tua. Tok telah bongkok 3,tapi masih gagah jalan bertongkat.
Malam ini, malam raya. Saya teringat mak dan ayah di kampung yg pasti agak sunyi tanpa semua anak cucunya. Haha adatlah, tahun ini giliran anak menantu beraya dahulu di rumah emak ayah sendiri. Jadi pasti mak ayah saya sunyi tanpa kehadiran kami semua 7 beradik. Takpa raya ke 3 pasti kami semua sampai ke kampung Sekinchan.
Pasti malam ini ramai yg berjaga berikutan menyiapkan kelengkapan raya. Haa itu la yg saya buat saban tahun. Cuma tahun ini berbeza. Saya tidur dahulu dan menjadi pari-pari. Apa tugas pari-pari.. tolong kemas umah yg berkecah. Hahaha
Hmm sampai sini dulu ya para pembaca budiman. Sudah 3 pagi. Saya mahu mengemas dan tidur. SELAMAT HARI RAYA... jumpa lagi esok ya.
CERITA RAYA
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan