Rabu, 24 Julai 2013

GIVEAWAY RAMADHAN OLEH 1001RESEPI


Assalamualaikum

Sidang pembaca yang dikasihi, kali ini saya ingin kongsi dengan anda salah satu benda yang saya suka. Sebenarnya, saya ni suka dengan kek dan cupcake. Cuma buat-buat kek, Encik A tak suka...so kadang buat dan selalu tak buat. ;p Akhirnya, saya sudah mengumpul banyak perkakasan bakeri di rumah. Berapa banyak, ada lah 1 almari. Kalau diguna, memang la saya seorang penjual kek yang berjaya...kikiki 


Semalam dengan tak sengajanya, saya telah menjenguk blog kak Kida. Siapa Kak Kida ni, oh dia seorang blogger masakan yang sangat la femes. Siapa yang tak tau 1001resepi? Memang la anda rugi tau. Ada la 3 tahun saya follow sebagai silent reader jek. Pulak tu terbaca artikel Give Away yang dianjurkan. Huh, terus suka. Selama hari ini saya tak dapat nak joint mana-mana GA sebab tak ada blog. Tapi alhamdulillah tahun ni boleh dah. 


GA Kak Kida kali ini memang sangat la best. Apa kaitan GA ni dengan minat saya terhadap kek... ya GA ni hadiahnya berkaitan barang bakeri. Memang syok la hadiah dia. cer usya gambar:



Mantop-mantop, terliur tengok hadiah yang best tu. Aii tak guna sekarang tak mesti kemudian hari saya tak akan guna kan. Manalah tahu, nanti-nanti boleh jadi tukang buat kek professional...manala tau...hihihi. Jadi siapa-siapa yang suka nak join boleh rujuk disini.

************************************************************************************************************************
Ok bagi melengkapkan syarat GA, saya nak kongsi suasana berbuka puasa saya sekeluarga untuk iftar ke 15 semalam. Juadah dibeli di Restoran Saba' Setiawangsa. Hai sempat la sangat saya nak masakkan, sampai rumah pun dah 6.45 petang. Jadinya kengkadang masak, selalunya beli..kikikiki. Menu adalah Ayam Mandy (ayam separuh) dan Mix Appertizer. Ni memang feberet kami kalau beli nasi di Saba'. Percayalah, tak ada restoran arab yang boleh menandingi kesedapan appertizer oleh Saba' ini (area KL).


Anak-anak sangat la teruja masa tunggu nak makan. Haha, Biasanya saya akan beri mereka makan dahulu. Akhtar (si tecik yang pakai baju hijau) siap cakap 'horey' dan bertepuk tangan bila penutup nasi dibuka. Ni aksi baru ok. Tak pernah lagi dia buat macam tu. Memang dia bersungguh-sungguh nak makan. Cer tengok gelagat anak-anak teruja dibawah.


Bila dapat makan, huyooo, macam taknak berhenti. Tapi tu lah, poyo anak-anak saya ni mula-mula ja. Dapat air sirap, asyik minum air ja. Akhirnya, emak dan abah yang habiskan nasi depa dua orang ni..hmmm.. tengah malam lapar dan mintak bubur nasi..aiii anakku, apakah?


Adakah dengan artikel ini saya tidak berminat lagi dengan Shaklee? Oh tentu tidak. Ini hanyalah perkongsian minat sahaja. Anda boleh terus menempah vitamin atau pun mendapatkan konsultasi percuma daripada saya (khas kepada pelanggan emakskema.com). Jadi jangan lupa ya, setelah makan juadah berbuka, teruskan mengambil vitamin yang sesuai seperti Vita-lea, B-com, Lecithin dan Vit C. Sebelum tidur ambillah Oste-Matrix atau Alfalfa dan selepas sahur minum ESP atau Performance. Semoga Ramadhan kali ini anda lebih bertenaga untuk bertarawih dan menunaikan ibadah lain.

Vitamin puasa shaklee

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...