Sabtu, 1 Jun 2013

Selamat Datang



Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara,
Pemanis kalam ucapan salam,

Awal Bismillah membuka bicara.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cendana;
Assalammualaikum mulanya kata,
Buat tatapan sekian yang ada.

Tidak terucap dek mulut, tak terkata dek lidah.
Hidup ini mahunya sihat, baru lah mudah beramal ibadah


Artikel pertama ini saya terbitkan pada tarikh yang tidak dipilih. Jika hendak dihitung hari, maka tak terterbitlah mana-mana artikel saya di web ini. Dalam Banyak-Banyak bulan, Jun membawa erti yang sangat besar dalam hidup saya. Pada bulan Jun, ahli keluarga kami bertambah dengan kelahiran  anak kedua; Akhtar. Menjadi rakan gaduh kepada abangnya yang sangat skema. 


Lima tahun dulu, Jun jugalah titik mula saya menjadi seorang pekerja di sebuah syarikat tempatan. Dipunyai oleh anak tempatan dan dikuasai oleh anak tempatan juga. Bekerja di sini bagus, kemudahan lengkap, kerja ok, gaji sedap... rumah pun dekat.;)
Menjadi ibu yang bekerjaya mendekatkan saya dengan Shaklee. Kenapa dekat? Kerana saya telah kenal Shaklee seawal umur 11 tahun. Ketika itu abang saya giat menggunakan shaklee sebagai supplimen dan bisnes sambilan. Jodoh memang tidak kemana, setelah 16 tahun berlalu saya pula menggunakan Shaklee sebagai supplimen untuk membanyakkan susu....hmmm itupun secara kebetulan. 


Macam mana cerita itu bermula ya. Ia bermula apabila Mr. A mencadangkan saya mengambil supplimen ketika megandung kerana susu semakin merudum. Anak sulung kami Adhwa, susah untuk bercerai susu. Memandangkan dia baru berusia 1 tahun 4 bulan, saya bersetuju dan memberi kebebasan kepada Mr. A untuk membeli apa jua jenis supplimen yang sesuai. Ketika ini saya tidak langsung mencari sebarang maklumat berkaitan kerana amat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Staff ketika itu tak ramai, jadi saya sangat sibuk dan tak menang tangan. 


Setelah mendapat lampu hijau dari saya,  Mr. A giat menjalankan kajian di internet mencari suppliment penyusuan yang sesuai. Ada juga maklumat yang dikongsi bersama saya, tapi satu pun tak masuk kepala...hihihihi, tak boleh nak input  apa-apa sangat dalam kepala waktu itu. Sudahlah letih sehari di pejabat, mengandung pulak. Balik rumah memang tak banyak perkara boleh dibuat. Akhirnya setelah berpuas hati dengan kajian yang dijalankan, Mr. A telah membawa pulang Alfalfa bersaiz besar. Mak kau, 700 biji isinya. Terkejut  saya tengok saiz botol dan bilangan pil yang ada. Hai, bila nak habis ni kan... Hmm benda dah ada depan mata, saya telan jugalah. Sejak itulah sedikit demi sedikit saya menggunakan produk Shaklee yang lain. 


Hadirin pembaca sekalian, 


Panjang betul kisah saya berkenalan dengan Shaklee. Soalannya, berkesan ke Shaklee ni? Saya dengan rendah diri dan jujurnya menjawab :" Ya!!! sangat berkesan".
 Jika tidak, web emakskema ini takkan wujud. Web ini diwujudkan agar saya boleh berkongsi dengan anda semua kebaikan dan kelebihan produk-produk Shaklee. Ini bukan cakap kosong tau. Saya sendiri telah melihat keberkesanannya sejak 3 tahun lepas. Cuma baru kini saya tergerak hati untuk berkongsi di ruang maya. Bukanlah kewujudan web ini menjurus untuk penyusuan semata-mata, tetapi ia menyeluruh kepada membantu mengekalkan gaya hidup yang sihat.


Adakah kita sedar bahawa sihat itu penting bukan sahaja untuk fizikal, malahan memberi impak kepada rohani kita? Sihat itu satu ibadah. Apabila badan sihat, hati menjadi tenang, ibadah pun jadi ringan. Sering kita mendengar keluhan sukarnya untuk berdiri dalam solat dikalangan orang tua. Kaki sakit, lutut terketar, kepala pening.  Apabila semput, susah pula hendak menahan nafas ketika mengaji Al-Quran. Semua tajwid dilanggar sebab nafas tak sampai. Apabila penat bekerja, badan menjadi letih, malas pula nak bangun solat malam. Jadi, kenapa kita tidak berusaha untuk sihat ? Telah tiba masanya kita menjadi lebih sihat, bertenaga dan cergas untuk menunaikan ibadah kepada Pencipta. Jadi marilah kita sama-sama berkongsi dan merasai kebaikan Shaklee...


Hadirin pembaca sekalian, 


Artikel pertama ini merasmikan pembukaan web emakskema ini. Saya sangat berharap, ia mendatangkan banyak manfaat kepada hadirin pembaca dan saya sendiri. Mudah-mudahan ia menjadi saham akhirat kepada saya. Teruslah bersama saya, saya doakan anda semua mendapat manfaat dan kebaikan Shaklee serta beroleh Barakah, Rahmah dan Inayah dari Allah Subhanahu wa Taala.


BADAN SIHAT, HATI SENANG, IBADAH PUN JADI RINGAN.


Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi



Salam Hormat :: AwilSkema

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...